Kau Yang Ku Sayang

Kisah Hati

Sunday, 26 May 2019



Sayang. Terima kasih untuk kali ini. Aku berjanji dengan kamu. Aku akan menjadi lebih baik & lebih bagus dari sebelum ini. Secara jujur aku katakan, aku tidak mampu berada terlalu jauh dari kamu. Ia, aku akui. Ramai orang mengatakan ianya semasa tengah hangat bercinta saja. Lama kelamaan, ianya akan menjadi bosan. Lalu suasana suram dan muram akan muncul. Aku boleh beri jaminan Tidak. Tidak sama sekali akan jadi begitu. Kerana apa sayang?. Kerana aku sudah bersusah payah untuk memiliki hatimu. Ianya memakan sedikit masa. Dan aku pasti, perasaan bosan untuk aku melayani kerenah mu itu tidak sesekali akan terjadi. Aku faham jika dalam sesebuah perhubungan itu akan terjadi pasang surut. Tetapi, ianya bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengatasi dan mengawal keadaan itu dari berlarutan. Secara jujurnya, jika kamu kemana pun aku akan mengikuti langkahmu. Jika tidak dapat berada disisimu, aku akan berada di kawasan berhampiran dengan mu. Cinta aku cinta mati sayang. Sayang. Tidak lama lagi kita akan menyambut lebaran Aidilfitri. Aku berharap, tahun ini adalah tahun permulaan bagi aku dan kamu sebelum kita akan merayakan lebaran itu bersama sama nanti. Aku akan menantikan saat saat indah itu. Esok kamu tolong betulkan samping & butang baju melayu aku ya sayang! ☺️😘😍

Monday, 20 May 2019

Sayang. Aku tahu. Kamu belum yakin untuk bersama denganku. Kamu belum yakin bahawa aku mampu menjadi imammu. Kamu belum yakin bahawa aku mampu atau tidak untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Tidak mengapa sayang. Aku sendiri sedar keadaan aku. Diri aku. Tetapi itu tidak beerti aku akan mengalah. Tidak sesekali aku mengaku kalah. Seperti mana kehidupan kau sebelum ini, aku akan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Untuk membaiki kehidupanku. Untuk memudahkan urusan aku dan kita nanti. Aku akui ia pada mulanya memang amat sukar. Tetapi aku mengerti dengan satu ayat. Pengorbanan. Jika aku mahukan kamu, aku perlu berusaha sebaik yang mungkin. Supaya ianya bukan hanya tinggal kata kata sahaja. Tetapi supaya ianya dapat diterjemahkan dan menjadi realiti sayang. Dan aku sudah noktah kan dalam hatiku. Bahawa engkau. Cuma engkau sayang yang akan menjadi makmumku. Berapa lama pun masa yang perku aku tunggu. Aku akan tunggu. Kerana aku sudah jadikan kau yang terakhir dalam hidupku.
Aku tahu. Aku pernah kecewakan hati kau. Tetapi sejujurnya aku katakan, ianya adalah salah faham. Dan bukannya aku sendiri yang ingin atau mencetuskan masalah dan perbalahan. Sungguh sayang. Aku amat menyayangi kau. Kau umpama permata yang bersinar menyinari hidupku. Dan tanpa kau, hilang sinaran dalam hidupku. Sayang. Aku manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Tetapi apabila kau beri aku satu peluang yang terakhir, aku pastikan ianya adalah yang terakhir. Dan begitu juga dengan kau. Kau akan menjadi yang terakhir dalam hidupku. Dan bila aku tengah serabut memikirkan masalah. Tiba tiba kau hubungi aku melalui panggilan video. Aku jawab. Dan bila aku lihat kau bersama putera kau sayang, hati aku jadi tenang. Redup pandangan mataku. Aku fikirkan aku rasa begitu disebabkan perasaan aku pada kau ikhlas. Bukan dibuat buat. Aku sentiasa cuba buat yang terbaik untuk kau. Memenangi hati kau. Dan aku rasa aku dah curahkan perasaan aku, hati, perhatian sepenuhnya untuk kau sayang. Cuma hari ni aku menjadi sayu. Sayu terkenangkan kau sayang. Aku harap kau baik baik saja sayang. Dan aku sentiasa doakan kau saban hari supaya kau selamat di bawah Lindungan Nya sayang. 😔😔😔

Tuesday, 14 May 2019

Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu lebih dibelenggu masalah. Akhirnya selesai juga semuanya. Ak janji dengan kau sayang. Tidak akan terjadi lagi perkara perkara bodoh dan benda yang tidak sepatutnya. Ak tahu dan aku akui. Kau masih sayangkan aku. Cuma ak berjanji aku akan dapatkan kembali kepercayaan kau pada aku yang sudah pudar itu. Aku berjanji sayang. Terima kasih untuk peluang ini. Ak akan guna sebaiknya. Untuk menjaga hubungan ini dan seterusnya menghalalkan untuk kita. Aku akan jaga kau, jaga hubungan ini, jaga hati kau, dan aku akan jaga sebaiknya kepercayaan untuk kali terakhir ini. Thanks sayang. Aku bahagia dengan kau. Setelah 26 tahun. Baru aku jumpa cinta padang pertama. Oh yea. Menara jam Bukit Fraser ini lah tempat pertama kalinya kita keluar bercinta selain di tempat sendiri. Akan datang. Akan ku bawa kau ke Bukit Tinggi dan banyak lagi tempat ea sayang. Selamat Malam

Sunday, 12 May 2019



Sumpah. Kali ni aku rindu. Rindu dengan panggilan yang kau panggil aku sebelum ini. Aku tahu, bukan mudah untuk aku dapatkan hati kau kembali. Tapi, aku berusaha. Dan sesekali aku tidak akan mengalah. Bukan untuk hari ni saja. Tapi untuk selamanya. Berapa lama pun aku sanggup tunggu untuk itu. Dan aku tak mampu untuk kehilangan kau sayang. Aku belajar untuk bercinta, tetapi aku tidak pula belajar untuk melepaskan. Maafkan Aku Sayang 😔😔😔😔😔😔
Sebenarnya. Hati ini dah lama kosong. Dan baru baru ini. Ianya telah ter 'isi' oleh seseorang. Jujur aku katakan. Belum pernah aku berjumpa dengan seorang perempuan seperti beliau. Sifat semulajadinya. Ya. Itu yang membuatkan aku jatuh hati padanya. Tetapi sayang, langit tidak selalu cerah. Disebabkan kesilapan bodoh, ianya telah berubah sekelip mata. Sebenarnya ianya adalah salah faham. Tetapi macam mana pun, salah aku. Dan aku akui. Aku rindukan kau sayang!. Aku berdoa agar aku dapat kembali miliki hati kau. Seterusnya menghalalkan hubungan ini. Kerana, buat pertama kalinya. Aku dah pun berjaya mendapatkan restu dari kedua ibu bapa ku. Aku masih menunggu dan terus menunggumu sayang!.
Assalamualaikum. Di dalam sesebuah hubungan, 'Cinta' yang lebih tepat. Akan ada pasang surut. Tetapi untuk kali ini, apa yang berlaku adalah disebabkan kesilapan ku sendiri. Tidak perlu untuk aku nyatakan apa yang telah terjadi. Cuma apa yang aku mampu katakan, semuanya terjadi berpunca dari aku. Sungguh sayang. Aku amat menyayangi kau. Cintakan kau!. Tetapi aku tahu, untuk kau dapatkan kembali perasaan seperti mana kau bercinta dengan aku pada awalnya. Mungkin susah. Tetapi, aku berjanji yang aku sentiasa berusaha untuk memenangi hati kau kembali. Aku akan buktikan bahawa aku layak untuk kau. Aku seorang manusia biasa. Yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan dan dosa.